25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

15,000 peniaga, penjaja berdaftar ReDI menjelang 2025

ReDI bertujuan merapatkan jurang digital di antara peniaga di kawasan bandar dan luar bandar.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan 15,000 peniaga dan penjaja seluruh negara berdaftar di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) menjelang 2025.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata setakat 1 Ogos lalu, program dilancarkan pada April 2021 itu yang antara lain bertujuan merapatkan jurang digital di antara peniaga di kawasan bandar dan luar bandar, berjaya menarik 5,321 peniaga.

“Sasaran kita setiap tahun, 3,750 penjaja dan peruncit mendaftar dalam program ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran ReDI dan Penjenamaan Semula Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Peringkat Kebangsaan, hari ini, lapor BH Online

Program berlangsung di Dataran Kerayong, Bera, Pahang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.

Bagi Bera, Alexander berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 4,000 peniaga menyertai inisiatif berkenaan menjelang 2025, tambahan kepada lebih 1,000 yang berbuat demikian sempena program hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, penggunaan e-dompet di Malaysia makin meningkat pesat kesan pandemik COVID-19 dengan laporan Bank Negara mendapati penggunaannya meningkat 131 peratus kepada lebih 600 juta transaksi pada 2020 berbanding 2019.

Justeru, katanya, kementerian menjalin kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan e-dompet seluruh negara, khususnya di luar bandar dengan antara lokasi terpilih adalah Kapit, Sarawak; Kuala Berang, Terengganu dan Pulau Pangkor, Perak.

Mengenai PJKM yang dijenamakan semula sebagai Pogram Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM), beliau memaklumkan, inisiatif itu yang mula diperkenalkan pada Disember 2021 mendapat sambutan menggalakkan.

“Sehingga 31 Julai lalu, program ini telah dilaksanakan di 2,433 lokasi dengan jumlah 4.2 juta pengunjung direkodkan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan