31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Remaja perempuan lakukan aksi berbahaya antara ditahan

Remaja perempuan itu dipercayai baru berkenalan sebulan lalu dengan pasangannya yang berusia 16 tahun dan kedua-duanya berasal dari Kulim.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja perempuan sudah berani melakukan aksi berbahaya menunggang motosikal sambil membonceng motosikal rakan lelakinya sebelum ditahan polis di Jalan Merbau Kurung, Sik, Kedah, kelmarin.

Malah, penunggang remaja berusia 19 tahun itu turut menunggang motosikal itu dengan memasuki laluan bertentangan serta ditunggang dengan laju sejauh kira-kira 14 kilometer sebelum ditahan di Jalan Merbau Kurung, dekat sini pada 6 petang.

Remaja perempuan itu dipercayai baru berkenalan sebulan lalu dengan pasangannya yang berusia 16 tahun dan kedua-duanya berasal dari Kulim.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, sepasukan pegawai dan anggotanya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik yang diketuai Inspektor Mohamad Yusri Ahmad Adlan yang ketika itu melakukan operasi Op Samseng Jalanan ternampak motosikal yang ditunggangi dua remaja itu dalam keadaan mencurigakan.

“Perbuatan berbahaya yang mereka lakukan dengan membuat aksi zig zag dan masuk ke laluan bertentangan dengan ditunggang secara laju boleh mengundang bahaya pada diri mereka serta kenderaan lain.

“Pegawai dan anggota BSPT kemudian mengekori motosikal itu dan akhirnya berjaya menahan mereka yang berhenti di Jalan Kampung Sik Dalam untuk pemeriksaan lanjut.

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Sik untuk tindakan lanjut bersama motosikal berkenaan,” katanya hari ini.

Abdull Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, menurutnya dalam operasi di Merbau Kudung dan Beris Jaya, di sini, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 100 individu .

Katanya, 77 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan serta empat motosikal disita.

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan