28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin rasmi Konvensyen PN 2022 Sabtu ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARTI Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan Konvensyen Perikatan Nasional 2022 dan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua penubuhan gabungan itu pada 27 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, konvensyen julung kali itu akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor dan dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, semua Presiden parti komponen, pimpinan dan perwakilan PN yang dijangka seramai 1,800 orang termasuk semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri gabungan itu di seluruh negara dijangka hadir.

“Selain membincangkan isu-isu semasa berkaitan masalah rakyat pasca pandemik Covid-19, Konvensyen ini juga akan menggariskan landasan utama Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Advertisements

“Konvensyen itu juga menetapkan dasar serta hala tuju parti bagi meningkatkan keyakinan rakyat bahawa Perikatan Nasional adalah parti yang mempunyai tawaran yang harmoni, relevan dan segar sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pada Konvesyen itu juga, Anugerah Prihatin Perikatan Nasional akan disampaikan kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan keprihatinan, pengorbanan serta sumbangan luar biasa kepada negara dan masyarakat.

“Perikatan Nasional percaya bahawa Konvensyen PN 2022 mampu menjadi wadah untuk memperbaharui tekad perjuangan khidmat bakti parti kepada rakyat serta memperkukuhkan kerjasama parti-parti anggota Perikatan Nasional secara keseluruhannya,” katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan