26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Cubaan seludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan Balai Polis Bum Bum berjaya mematahkan cubaan menyeludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah rumah di kampung sungai Tohok Semporna pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejayaan tangkapan itu pada jam 11.15 malam hasil maklumat orang awam yang disalurkan kepada pihak polis.

“Ketika serbuan, dua buah lori di parkir di halaman rumah tersebut tanpa pemandu yang kemudian turut diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lori tersebut sarat dengan muatan 780 kotak minyak masak bersubsidi yang mana setiap kotak mengandungi 17 peket minyak masak dengan jumlah keseluruhan 13,260 peket.

“Rumah tersebut juga dipercayai dijadikan tempat menyimpan dan mengumpul barangan kawalan berjadual sebelum diseludup ke negara jiran.

Baca juga:   KPM laksana proses pemutihan tanah sekolah

“Tiga lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 53 tahun yang merupakan penghuni rumah tersebut ditahan untuk membantu siasatan.

“Kesemua barangan kawalan tersebut dirampas bersama dua buah lori dan dibawah ke IPD Semporna untuk tindakan lanjut.

“Jumlah keseluruhan barangan rampasan dianggarkan bernilai RM333,150,” katanya.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.- Edisi 9

Terkini

PM jamin ambil tindakan agresif, selamatkan rakyat Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia...

Lagi Artikel Berkaitan