25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banyakkan lagi unsur Kemaman di Muzium 3D Kertih – Ahmad

Mesti Baca

MUZIUM 3D Kertih yang merupakan kebanggaan warga Kemaman, Terengganu dicadangkan agar membanyakkan lagi paparan sejarah daerah itu untuk dituangkan pada mural-mural di muzium tersebut.

Cadangan itu dibuat oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said ketika mengunjungi muzium itu di Kertih, Selasa lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu turut memuji usaha yang dilakukan untuk mengetengahkan sejarah dan kesenian menerusi muzium 3D pertama di Terengganu itu.

“Cukup menarik dan saya percaya dengan adanya usaha sebegini ia dapat menarik masyarakat untuk melihat lebih dekat unsur-unsur sejarah Kemaman dan Terengganu yang disatukan dengan lukisan,

“Saya percaya dengan adanya tempat sebegini ia dapat tarik minat lebih ramai orang untuk datang ke Kertih dan Kemaman,” kata beliau.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holdings Sdn Bhd, Ramli Shahul Hameed, Pengarah Urusan Serata Cakra Resources (SCR), Lukman Ismail dan Pengarah Seni Muzium 3D Kertih, Sahabuddin Ismail.

Ahmad turut berharap Muzium 3D Kertih dapat diperbesarkan lagi agar lebih luas dan dapat memuat lebih ramai pengunjung serta lebih banyak lukisan 3D dapat dipaparkan.

Advertisements
Ahmad Said menerima cenderamata daripada Lukman Ismail disaksikan oleh Ramli Shahul Hameed (kanan) dan Sahabuddin Ismail (tengah).

Beliau berkata, Ketengah sedia berkongsi bahan-bahan sejarah khususnya perlombongan Bukit Besi untuk dipaparkan bagi pengetahuan umum.

Sementara itu, Lukman berkata, Muzium 3D Kertih yang diusahakan itu memang bermatlamat untuk memperkenalkan Kertih khasnya dan daerah Kemaman amnya kepada masyarakat umum dalam bentuk lukisan mural.

Sehubugan itu, beliau menyambut baik cadangan Ahmad yang mahukan lebih banyak unsur-unsur daerah ini dituangkan dan dipamerkan di muzium tersebut.

Beliau mengharapkan sokongan orang ramai yang menyimpan gambar-gambar lama mengenai daerah Kemaman untuk dikongsi agar ia dapat dilukiskan di muzium tersebut.

“Insya-Allah selepas ini kami akan memperbanyakkan lagi paparan mengenai daerah Kemaman di muzium kami dalam bentuk lukisan mural agar menjadi rujukan dan pengetahuan orang ramai,” katanya.

Muzium 3D Kertih yang terletak di Bandar Sri Kertih di Jalan Kemaman-Dungun dibuka setiap hari kecuali Selasa mulai 10 pagi hingga 6 petang.

Maklumat lanjut mengenai Muzium 3D Kertih boleh dibuat dengan menghubungi talian 011-10861165 atau e-mel: [email protected]. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan