28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Elak krisis politik tak sudah, Akta Antilompat Parti diluluskan

RUU berkenaan diumumkan kelulusannya oleh Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkaitan peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti, dengan mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RUU berkenaan diluluskan secara undi belah bahagian yang menyaksikan seramai 52 Ahli Dewan Negara mengundi untuk menyokong, tiada yang menentang, manakala tujuh tidak hadir.

“Terima kasih dan syabas kepada semua yang menyokong termasuk 32 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai sesi perbahasan untuk memberikan pandangan mereka.

“Sesungguhnya, proses penggubalan Rang Undang-undang ini bukanlah suatu proses yang mudah kerana ia melibatkan masa, tenaga dan komitmen semua pihak terlibat iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara dan Parlimen Malaysia.

Baca juga:   Lepasan Al-Azhar di Malaysia laksana tugas ulama - Ismail Sabri

“Rang Undang-Undang ini juga merupakan peristiwa bersejarah negara kerana disepakati melalui perundingan dan perbincangan antara Kerajaan dan Pembangkang,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan dan mengulangi komitmen Kerajaan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang tersebut bertujuan memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan dengan krisis politik yang tiada berkesudahan.

RUU berkenaan diumumkan kelulusannya oleh Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Terdahulu, sewaktu menggulung RUU tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini merupakan satu sejarah memandangkan ia merupakan RUU kedua yang digubal badan Parlimen sendiri.

Baca juga:   Pejabat pesuruhjaya sumpah, mahkamah dibenarkan beroperasi

“Ini adalah undang-undang kedua Malaysia yang digubal oleh Parlimen melalui Jawatankuasa Pilihan Khas. Yang pertama ialah penggubalan pindaan kepada Rang Undang Undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada 2006.

“Ini adalah yang kedua dan sejarah kepada negara kita kerana undang-undang yang bukan digubal terus dari agensi namun begitu Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang adalah penyokong dan pembantu dalam menggubal RUU ini,” katanya.

Sebelum ini pada 28 Julai lalu di Dewan Rakyat, sejumlah 209 ahli Parlimen menyokong RUU berkenaan yang antara lain boleh menyebabkan seseorang ahli Parlimen hilang kerusi dimenanginya jika wakil rakyat itu bertukar parti.

Baca juga:   11 lokaliti seluruh negara bawah PKPD mulai 8 Jun

Manakala seramai 11 orang ahli Parlimen lagi tidak hadir. 

-EDISI9

Terkini

Isytihar BN musuh utama serlah ketidaksepakatan PN?

RAMAI yang agak terkejut dengan tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan secara terbuka bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan