26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Anak tempatan tukar sisa kumbahan jadi bio-alkohol, biogas

Ini kemudiannya boleh diguna sebagai bahan api, serta bahan bagi hand sanitiser antara lain.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANAK tempatan tidak kurang hebatnya apabila berjaya menukar sisa kumbahan kepada bio-alkohol dan biogas.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mengadakan lawatan ke fasiliti EMB Business Sdn Bhd di Cyberjaya dan lokasi tersebut melakukan penyelidikan ke atas kumbahan.

“Mereka berjaya menukar sisa kumbahan kepada bio-alkohol dan biogas. Ini kemudiannya boleh diguna sebagai bahan api, serta bahan bagi hand sanitiser antara lain.

“Saya kagum dengan usaha mereka dan dengan keupayaan mereka. Sedikit sebanyak ini adalah hasil peluang pendidikan yang diberikan.

“Untuk fasa seterusnya, mereka bercadang untuk menukar sisa kumbahan kepada tenaga elektrik dan saya yakin banyak lagi boleh dilakukan,” katanya dalam satu hantaran di Fcaebook hari ini.

Mahathir turut mengucapkan selamat maju jaya kepada anak anak muda tempatan berkenaan.

“Semoga kejayaan mereka akan jadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda.

“Anak tempatan tidak kurang kebolehan berbanding bangsa lain di dunia. Yang diperlukan ialah disiplin dan ketekunan dalam melakukan sesuatu,” katanya.

Terdahulu, 8 Ogos lalu media melaporkan syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsertium (IWK) Sdn Bhd bekerjasama dengan EMB Business (EMB) Sdn Bhd, dalam mempelopori penghasilan etanol dan biogas daripada pemprosesan air kumbahan bagi tujuan komersil.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, ia selaras dengan usaha ke arah ekonomi kitaran disamping meneroka potensi sisa kumbahan sebagai satu sumber tenaga diperbaharui.

“Ini adalah satu teknologi yang baharu dan perkembangan teknologi ini sangat memberangsangkan.

-EDISI9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan