29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baharu – Nooryana

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“DADDY sedang membiasakan diri dengan rutin baharu berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat,” kata anak Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa.

Perkembangan terkini itu dikongsikan Nooryana menerusi aplikasi Instagram Story miliknya lewat malam tadi.

Menurut beliau, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat walaupun selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Tangkap layar Instagram Story Nooryana Najwa.

Katanya lagi, semalam wakil daripada barisan peguam dapat berjumpa bapanya di penjara.

“Keperluan asas daddy diberikan dan beliau sedang membiasakan diri dengan rutin baharu berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat keadaan beliau. Kami sangat menghargai keprihatinan anda,” katanya.

Menurut Nooryana Najwa, dia sekeluarga akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi bertemu bapanya yang terlibat dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan