24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Keadilan tertangguh, ada penjenayah meninggal dunia – Tun M

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak mengambil masa terlalu panjang menyebabkan banyak kes rasuah ahli politik lain tertangguh.

Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kes berkenaan boleh disamakan dengan pepatah Inggeris “Justice delayed is justice denied’ yang diterjemahkan sebagai ‘keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai’.

“Kerana kes SRC Najib mengambil masa yang amat panjang (empat tahun) banyaklah kes-kes pencurian, salah guna kuasa, rasuah yang melibatkan ramai tokoh-tokoh politik tertangguh dan tidak dihadap ke mahkamah.

“Ada penjenayah yang meninggal dunia pun. Kelewatan perbicaraan akan menghasil keadilan terabai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar beliau lagi, Najib kini dibicara berkenaan kes lain (1MDB) yang juga akan mengambil masa yang panjang.

Advertisements

Malah beliau juga percaya, hakim-hakim juga kurang senang dengan begitu banyak kes tertangguh.

“Kelewatan ini menjadi lebih buruk kerana perlakuan Najib dengan peguamnya. Bermacam alasan diguna untuk menghalang perbicaraan.

“Sekarang banyak laporan dibuat berkenaan kes-kes rasuah yang serius yang belum dibicara. Besar kemungkinan penjenayah akan terlepas dari dihukum kerana jenayah yang dilakukan oleh mereka.

“Bagi Najib besar kemungkinan ia akan diampun setelah dipenjara,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan