28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemimpin pelajar IPG disaran berpegang tujuan sebenar hidup

Kuasa yang dimiliki adalah satu ujian dalam menjalankan amanah yang digalas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARA pemimpin perwakilan pelajar institut pendidikan guru (IPG) diseru agar sentiasa berpegang teguh kepada tujuan sebenar kehidupan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sebagai pemimpin di institusi masing-masing, ‘kuasa’ yang mereka miliki sebenarnya adalah satu ujian dalam menjalankan amanah yang digalas.

“Kepada bakal pemimpin masa depan negara ini, saya ingatkan bahawa kehidupan sebenar bukan segalanya tentang kuasa, pangkat, gaji dan juga kedudukan.

“Kehidupan sebenar dan penuh erti ialah apabila setiap tapak, langkah dan perjalanan kita itu ada jasa, budi dan jariah kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara,” katanya menerusi Facebook beliau, malam tadi.

Sebelum itu, Radzi mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG sempena Konvensyen Kepimpinan melibatkan 27 institut perguruan dari seluruh negara.

“Saya berkongsi tentang kehidupan, makna di sebalik kuasa dan tanggungjawab yang perlu difahami dan digalas sebaiknya apabila diangkat sebagai pemimpin,” katanya.

Ujar Radzi lagi, selaku pemimpin, para pemimpin tersebut perlu ingat apa tujuan sebenar kehidupan dan berpeganglah kepada tujuan tersebut sepanjang hayat.

“Ingat, always keep grounded!. Buat anak-anak ini, manfaatkanlah peluang sebagai pemimpin dengan memberi yang terbaik untuk institusi masing-masing.

“Optimumkan potensi yang ada pada diri anda untuk merancang masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan