36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

31,169 kes jenayah dalam talian sepanjang 2021 hingga Jun 2022

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan sepanjang tahun lalu serta sehingga 30 Jun lalu, kata Kementerian Kewangan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah dalam talian itu merangkumi penipuan pembelian secara dalam talian, pinjaman tidak wujud, African Scam/Love Scam, Macau Scam, pelaburan, Business Email Compromise dan Tipu SMS.

Bank Negara (BNM) dan institusi kewangan mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, yang merangkumi kegiatan pemantauan, siasatan dan pendakwaan di mahkamah.

“Selain itu usaha bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penipuan kewangan turut dilipat gandakan menerusi siri taklimat kesedaran secara dalam talian, menggunakan saluran media dan juga laman media sosial,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Ia bagi menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin, yang ingin tahu jumlah kerugian pendeposit bank yang menjadi mangsa bank scam, yang mana wang mereka dipindahkan tanpa pengetahuan pada tahun lalu hingga tahun ini.

Kementerian itu menyebut, BNM juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan keselamatan saluran komunikasi dan multimedia bagi menyekat terbitan mesej palsu dan penyebaran perisian hasad (malware) oleh sindiket penipuan kewangan.

“Di samping itu, nombor telefon dan peranti mudah alih yang terbabit dalam kes penipuan kewangan turut disenaraihitamkan,” katanya.

Kementerian itu turut menegaskan, institusi perbankan mengamalkan piawaian sistem keselamatan yang tinggi bagi melindungi akaun pelanggan mereka.

Selain itu, katanya, kerajaan melalui BNM juga secara berterusan memperkukuhkan garis panduan dan dasar keselamatan perbankan, yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan. – BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan