23.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

Kerajaan kekal pendirian tidak iktiraf UEC – Radzi

Kurikulum UEC yang digubal dan dibangunkan oleh Dong Zong bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ia bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.

Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) menggunakan kurikulum yang digubal serta dibangunkan oleh Dong Zong, selain bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama.

Radzi berkata, kerajaan hanya akan mempertimbangkan penyelesaian berhubung pengiktirafan terhadap UEC jika ia diubah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, melaksanakan kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan sama.

“Penetapan ini bagi memenuhi aspirasi serta keperluan negara pada masa hadapan dan sebagai usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, selaras prinsip Rukun Negara.

Baca juga:   KPM komited lahir generasi miliki kepakaran khusus - Radzi

“Oleh itu, UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan, sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa depan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sama ada kerajaan berhasrat mengiktiraf UEC untuk kemasukan ke universiti awam dan bila kerajaan akan menyalurkan peruntukan kepada SMPC.

Radzi berkata, kementeriannya tidak pernah menyalurkan sebarang peruntukan kewangan kepada SMPC kerana UEC tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan undang-undang lain. – Edisi 9

Baca juga:   Terima kasih Pakcik, beg sekolah saya tak berat lagi!

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan