26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

11 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling alami gangguan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EKORAN bekalan elektrik terputus di sekitar Lembah Klang, sebanyak 11 stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling mengalami gangguan pada pukul 12.48 tengah hari tadi.

Rapid Rail Sdn. Bhd. mengesahkan bahawa perkhidmatan LRT di laluan itu mengalami gangguan akibat masalah bekalan elektrik yang berlaku.

“Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan mengalami gangguan melibatkan 11 stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak sehingga Pusat Bandar Puchong.

“Tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform.

Advertisements

“Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalan sehala percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun perkhidmatan telah pulih sepenuhnya pada pukul 1.35 petang tadi.

Terdahulu, media melaporkan bekalan terputus sejak pukul 12.50 tengah hari tadi.

Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan