26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Rogol amah: ADUN Tronoh dihukum penjara 13 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Ipoh hari ini menjatuhi penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam mewakili tertuduh, Datuk Rajpal Singh, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin selain dokumen perjalanan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Hakim ketika menjatuhi hukuman itu berkata, sebagai majikan, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa, lebih-lebih lagi mangsa merupakan seorang warga asing yang datang untuk mencari rezeki.

Beliau berharap, hukuman itu akan menjadi pengajaran kepada mereka yang berniat untuk berbuat perkara sama.

Baca juga:   'Cemolot' dengan DAP, apa lagi pilihan yang UMNO ada?

Terdahulu, Rajpal memohon mahkamah mengenakan hukuman minima dan mengenepikan hukuman sebatan kerana tertuduh banyak berjasa kepada masyarakat sepanjang menjadi ADUN selama sembilan tahun.

Katanya, tertuduh juga menyara seorang isteri yang tidak bekerja di samping empat anak yang masih belajar.

Bagaimanapun, Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan itu adalah serius dan ia meragut maruah mangsa sehingga menyebabkannya trauma.

Katanya, sebagai ADUN, tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada orang lain.

Baca juga:   'Cemolot' dengan DAP, apa lagi pilihan yang UMNO ada?

Pada 7 Disember 2021, Paul Yong diperintah membela diri terhadap tuduhan merogol selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

Sepanjang prosiding tersebut, pendakwaan dikendalikan Azlina, dengan dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri.

Pada 23 Ogos 2019, Paul Yong yang ketika itu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri Perak didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 dan 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Ahli UMNO jangan tinggalkan parti, pesan Annuar

TAN Sri Annuar Musa menitipkan nasihat terakhir kepada semua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh agar jangan meninggalkan parti susulan...

Lagi Artikel Berkaitan