31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan, TNB mohon maaf

Antara kawasan yang terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang dan sekitar ibu negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA gempar seketika apabila bekalan elektrik di banyak lokasi di seluruh negara khususnya di Lembah Klang terputus.

Media sosial dibanjiri persoalan orang ramai berhubung kejadian tersebut, malah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut membuat hantaran mengenainya.

“Aik. Takde letrik?”, kongsinya hari ini.

Status berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari warganet, antaranya yang turut terpaksa berhadapan dengan masalah ketiadaan elektrik.

Difahamkan, bekalan terputus sejak pukul 12.50 tengah hari tadi dan sehingga pukul 1.45 petang, masalah tersebut masih belum diatasi.

Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Beberapa pusat beli-belah di ibu negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Turut terjejas kawasan Seremban, Nilai di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Menerusi perkongsian di Facebook TNB Careline, syarikat itu memaklumkan pasukan teknikal sedang mengenal pasti punca kejadian.

“Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” kongsinya hari ini.

Dalam pada itu, warganet memohon TNB agar dapat mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan