26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Harga runcit petrol RON97 turun lagi 10 sen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter, mulai tengah malam ini sehingga 3 Ogos 2022.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Manakala harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada harga siling bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Advertisements

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Terdahulu, media melaporkan harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter, bagi tempoh 21 Julai sehingga 27 Julai 2022.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Manakala harga rucit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan