Wednesday, July 22, 2026

Harga runcit RON97, diesel bagi Semenanjung turun lagi 3 sen

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pengurangan yang diberikan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Mesti Baca

KERAJAAN memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 3 sen kepada RM3.07 seliter bagi tempoh  15 Mei sehingga 21 Mei ini.

Turut diberikan pengurangan ialah harga runcit diesel bagi Semenanjung Malaysia, juga sebanyak 3 sen kepada RM2.77 seliter bagi tempoh yang sama.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pengurangan yang diberikan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, harga RON95 masih kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal RM2.15 seliter.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan