25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, August 12, 2022

Pasangan hina Islam lunas ikat jamin guna wang sumbangan

Lawyers for Liberty (LFL) berjaya mengutip RM40,000 daripada sumbangan orang bagi membantu pasangan tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WANITA yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi minggu lalu dan kekasihnya, telah melunaskan ikat jamin RM40,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Mengesahkan perkara itu, peguam, R Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira Abdullah, 26, dan V Alexander Navin, 38, berkata, jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, Lawyers for Liberty (LFL).

Sekiranya ada sumbangan tambahan, beliau berkata, ia akan dipulangkan semula kepada penderma.

Menurutnya, urusan itu dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor.

“Saya tak pasti bila mereka akan dibebaskan, sebab saya percaya terdapat beberapa prosedur yang ditetapkan oleh pihak penjara sebelum membawa mereka keluar.

Baca juga:   Harga siling baharu ayam ditentukan Isnin ini

“Buat masa ini, Nuramira dan Alexander Navin masing-masing berada di Penjara Satelit Beranang serta Kuala Kubu Bharu, Selangor,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur di sini.

Bagaimanapun, peguam itu tidak dapat mengesahkan hubungan antara penjamin dengan pasangan itu sama ada saudara atau rakan.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan sesama Islam.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengaku seorang Muslim, telah menghafal 15 juzuk al-Quran, bertindak membuka tudung dan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Baca juga:   Harga siling baharu ayam ditentukan Isnin ini

Sementara di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Alexander Navin, 38, turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial Instagram serta YouTube, bulan lalu.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya beragama Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran, bertindak menanggalkan baju kurung dan tudungnya dan hanya memakai pakaian mencolok mata sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Susulan itu, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, pada 9 Julai lalu dan direman selama tiga hari, manakala Alexander Navin ditahan pada 10 Julai. – Edisi 9

Baca juga:   Anggap rosakkan UMNO, Mahathir tak boleh maafkan Najib

Terkini

Pinda Akta Pendidikan tidak boleh dibuat sewenang-wenang

SEBARANG pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya sebaliknya perlu diteliti dari pelbagai persepsi berbeza. Menteri Kanan...

Lagi Artikel Berkaitan