30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Istana Negara hantar bantuan bencana ke Baling

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Bantuan Bencana Istana Negara bertolak ke Baling, Kedah pagi tadi bagi misi menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir buruk baru-baru ini.

Misi bantuan itu diketuai Juruiring Tentera Laut Seri Paduka Baginda, Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim melibatkan seramai 26 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai serta kakitangan Istana Negara dan juga 10 sukarelawan Pasukan Telekom Malaysia Reaching Out Volunteers (TMROVers).

Turut menyertai misi ini, Juruiring Polis Seri Paduka Baginda, SAC Datuk Azry Akmar Ayob.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, sumbangan yang akan dihulurkan terdiri daripada peralatan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, pengisar, periuk nasi serta barang keperluan rumah seperti tilam, selimut dan bantal.

Jelas Istana Negara, pasukan itu turut menyampaikan sumbangan berbentuk baju sekolah, alat tulis dan kasut sekolah daripada Yayasan Al-Sultan Abdullah melibatkan 396 pelajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al Kahriah di Kupang, Baling.

Advertisements

“Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara juga dilengkapi dengan peralatan untuk membantu membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir seperti sekolah dan dewan komuniti.

“Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara ini ditubuhkan atas cetusan idea Seri Paduka Baginda dengan tujuan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa yang telah hilang tempat berteduh dan mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda susulan bencana atau musibah,” ujar kenyataan itu.

Antara barangan yang akan disumbangkan Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara kepada mangsa banjir di sekitar Baling, Kedah.

Terdahulu, Pasukan Bantuan Bencana Banjir Istana Negara telah menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir di Selangor dan Pahang sebelum ini

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa simpati dengan ujian serta keperitan yang ditanggung mangsa banjir di Baling, Kedah dan juga menzahirkan harapan semoga bantuan serta sumbangan yang dihulurkan dapat mengurangkan beban mereka,” kata Istana Negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan