24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Lelaki terpinga-pinga didakwa bunuh isteri, anak

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masing pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pencuci kapal didakwa di Mahkamah Majistret Johor Baharu, hari ini atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayi lelakinya, 4 Julai lalu.

Tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd Adam, 24, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Amir didakwa membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, di rumah di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu, di Johor Baharu.

Tertuduh juga didakwa membunuh bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari, di lokasi sama.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masing pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah

Baca juga:   ATM hantar 196 anggota, 31 aset ke Johor bantu mangsa banjir

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Danial Munir.

Terdahulu, Mohamad Amir yang memakai baju T hitam dan seluar biru, kelihatan terpinga-pingga dan sugul apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Muhammad Qaiyyum tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain memohon tarikh sebutan kedua kes itu.

“Tarikh sebutan baharu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA (asid deoksiribonukleik).

“Pihak pendakwaan juga memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menyiasat keadaan mentalnya,” katanya.

Mohd Zulhilmi kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh ke Hospital Permai, hari ini bagi menjalankan pemeriksaan tahap mentalnya.

Baca juga:   Singapura rakan strategik Johor pulih ekonomi - Onn Hafiz

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 18 Ogos depan bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat, DNA serta keputusan ujian psikiatri tertuduh.

Pada 4 Julai lalu, media melaporkan tertuduh melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dipercayai mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan