34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lelaki hina Islam dikenakan penjara 6 bulan, denda RM10,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang menghina Islam seperti yang tular dalam rakaman video di media sosial pada 17 Julai lalu dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan.

Syaidinar Abu Bakar, 36, yang juga seorang penganggur dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh menggunakan Facebook secara sedar dengan memuat naik rakaman video berdurasi 4 minit 13 saat yang jelik sifatnya dengan niat menghina Islam.

Kesalahan itu dilakukan di Lot 532A Kampung Bagan Chekok, Pulau Chondong, di Machang jam 6 petang pada 17 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisements

Terdahulu, tertuduh memohon hukuman terhadapnya diringankan, namun Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira tertuduh menghina agama dan boleh mencetuskan ketidakamanan dalam masyarakat.

Hukuman setimpal dimohon terhadap tertuduh juga bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak memandang ringan isu menghina agama.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 yang jika gagal bayar denda, tertuduh akan dipenjara enam bulan lagi dan difahamkan tertuduh gagal membayar denda terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, tular satu klip video berdurasi empat minit 13 saat itu, memaparkan seorang lelaki bertindak biadap dengan menghina agama Islam serta mencabar orang Islam supaya mencari dan berhadapan dengannya.

Antara kandungan video itu, lelaki berkenaan menggambarkan Islam dan penganutnya sebagai pengecut dengan merujuk kes seorang lelaki yang didakwa menghina Islam dan dibelasah hingga cedera di muka, semalam.

Malah, lelaki yang mengenakan seluar jeans lusuh pendek dan berbaju merah itu juga telah mencabar orang Islam supaya mencari dan berhadapan dengannya jika berani.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan