26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Iskandar Malaysia terima pelaburan RM13 bilion – PM

Sebanyak lebih RM10 bilion turut dijana oleh pelaburan asing di Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISKANDAR Malaysia telah mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM13 bilion sehingga bulan Jun 2022 dengan RM6 bilion daripadanya telah pun direalisasikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah yang dicatat ini membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia.

“Sejak penubuhannya, Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) telah merekodkan sejumlah RM219 bilion yang mana sebanyak 60 peratus atau hampir RM221 bilion daripadanya adalah pelaburan domestik dan selebihnya RM148 bilion daripada pelaburan asing.

“Sebanyak lebih RM10 bilion turut dijana oleh pelaburan asing di Wilayah Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data (data centre).

“Pelaburan asing ini akan memberikan pertambahan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) kali Ke-30 di Parlimen.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ismail Sabri berkata, secara keseluruhannya, lebih 6,000 orang Keluarga Malaysia di wilayah tersebut telah mendapat manfaat secara langsung daripada semua inisiatif sosioekonomi yang telah dijalankan.

Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Iskandar Malaysia (IRDA) di Bangunan Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, katanya, IRDA turut merangka strategi pertanian moden dalam mengukuhkan agenda sekuriti makanan negara.

“Pembangunan teknologi 5G yang merupakan komponen sokongan utama pertanian moden disegerakan di kawasan Iskandar Malaysia bagi menangani isu bekalan makanan dalam negara.

“Ini adalah sejajar dengan agenda kerajaan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Pertanian moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamakan IRDA sebagai Agrifood Hub Malaysia,” kata beliau.

IRDA juga, kata Perdana Menteri, sedang merangka Draf Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia 2022-2030.

Pelan itu bakal menjadikan Iskandar Malaysia sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara dengan berkonsepkan pembangunan mampan dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan, kejutan dan tekanan masa depan.

“Pembangunan di wilayah ini amat penting bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan