28.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 28, 2024

Puji tindakan pantas, tangani seleweng minyak masak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA Umno memuji kepantasan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menyeleweng minyak masak bersubsidi demi meraih keuntungan mudah.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan tegas dan pantas sebeginilah yang rakyat nantikan.

“Bukannya tarik subsidi begitu sahaja lantaran kelemahan penguatkuasaan ke atas kerakusan mereka yang mengaut keuntungan atas kesengsaraan rakyat,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Asyraf juga mengingatkan kerajaan agar turut segera menangani isu bekalan minyak masak paket bersubsidi yang sukar diperoleh.

“Apa-apapun masih ramai mengeluh paket minyak masak bersubsidi sukar didapati di pasaran. Harap Kerajaan segera tangani isu ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid dilaporkan berkata, lebih 14 syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi ditarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah selepas dikesan menyeludup barangan itu ke negara jiran.

Menurut Rosol, ia antara tindakan tegas dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu ketirisan minyak masak bersubsidi, yang dikesan dijual secara terbuka di Thailand.

“Setakat ini kementerian tiada indeks ketirisan, cuma kita sudah menarik balik lebih daripada 14 syarikat (pembungkus minyak masak bersubsidi) dan dalam proses penghakiman di mahkamah berkaitan dengan isu ketirisan atau penyeludupan minyak masak ke negara jiran.

Pihak kementerian akan meneliti peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pembungkus minyak masak bersubsidi, bagi memastikan mereka boleh menyumbang untuk mengatasi masalah ketirisan atau kebocoran minyak masak bersubsidi ke luar negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.-Edisi 9

Terkini

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, sertai kelab Thailand

KETUA Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe membuat kejutan apabila meninggalkan kelab Gergasi Merah hari ini. Selangor FC memaklumkan, kedua-dua...

Lagi Artikel Berkaitan