25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kadar penggunaan ICU seluruh negara lebih 60 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KADAR penggunaan unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara kini berada paras 60.6 peratus dan terdapat lapan negeri yang merekodkan kadar penggunaan ICU melebihi 60 peratus.

Ini susulan negara kembali merekodkan lebih 3,000 kes semalam dengan sebanyak 3,934 kes baharu dilaporkan.

Menerusi laman web Covidnow, negeri paling tinggi dengan penggunaan ICU ialah Kelantan dengan 79.7 peratus, disusuli Selangor (77.2 peratus), Kedah (74.7 peratus), Putrajaya (70 peratus), masing-masing 65.2 peratus di Sabah dan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (61.2 peratus) dan Johor (60.3 peratus).

Jumlah kes baharu itu membabitkan 3,927 kes penularan tempatan dengan tujuh lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan hingga kini terdapat 36,894 kes masih aktif dan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,604,670 kes.

Daripada jumlah kes aktif yang dinyatakan itu, 96.3 peratus atau 35,547 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta 26 individu lagi bersamaan 0.1 peratus berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Selain itu sebanyak 1,268 kes atau 3.4 peratus sedang dirawat di hospital manakala 23 individu (0.1 peratus) berada di unit rawatan rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan serta 30 individu lagi berada di ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, terdapat sejumlah sembilan kematian dilaporkan di negara ini menjadikan jumlah angka korban akibat jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 35,828 kes.

Angka korban itu termasuk dua kes yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Turut dilaporkan ialah 2,747 kes pulih di negara ini, ia menjadikan sehingga kini jumlah kes sembuh meningkat kepada 4,531,948 kes. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan