26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 19, 2025

Cacar monyet: Kes jangkitan di New York meningkat

Lelaki gay paling ramai mendapat jangkitan cacar monyet di bandar raya itu setakat ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANDAR Raya New York telah menekankan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bahawa ia memerlukan vaksin cacar monyet di tengah-tengah peningkatan kes penyakit itu, kata Datuk Bandarnya, Eric Adams.

Sebanyak 336 kes jangkitan penyakit itu telah direkodkan tetapi ia tidak mungkin mencerminkan jumlah yang sebenar, menurut Jabatan Kesihatan New York.

Kes rasmi kes cacar monyet telah meningkat daripada 267 pada Selasa berbanding 223 sebelum ini.

Sesiapa sahaja boleh mendapat dan menyebarkan penyakit tersebut tetapi ramai lelaki gay yang mendapat cacar monyet setakat ini.

Adams telah mengadakan pertemuan mesyuarat dengan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Advertisements

“Kami membincangkan kekangan bekalan yang dihadapi bandar raya New York dan keperluan mendesak untuk mengembangkan jejak akses vaksin kepada lebih ramai orang di kebanyakan kawasan kejiranan melalui rakan kongsi dan pembekal,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.

New York dijangka menerima 14,500 dos vaksin daripada kerajaan AS dalam minggu ini.

Cacar monyet adalah penyakit virus endemik di negara-negara Afrika Barat dan Tengah yang menyebabkan gejala seperti demam serta ruam. – Agensi


Advertisements

Terkini

KJTS, iHandal perkukuh pengurusan tenaga bersepadu

KJTS Group Berhad (KJTS), memeterai perjanjian usahasama dengan iHandal Holdings Sdn Bhd (iHandal) untuk meningkatkan kedudukan KJTS dan anak...

Lagi Artikel Berkaitan