25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Empat ‘keldai akaun’ sindiket pinjaman tak wujud ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT lelaki ditahan selepas disyaki dijadikan ‘keldai akaun‘ oleh sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 25 hingga 48 tahun itu ditahan di negeri ini dan Perak pada Isnin.

Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya.

“Dua tangkapan dibuat di Perak iaitu Taiping dan Bagan Serai, manakala dua lagi di Batu Maung dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Mereka dipercayai menjadi ‘keldai akaun’ kepada sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Rizal berkata, siasatan awal mendapati jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa adalah antara RM13,000 hingga RM400,000.

“Semua tangkapan dilakukan melibatkan kes yang dilaporkan pada tahun 2019 hingga 2022. Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan,” kata beliau.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai muslihat sindiket penipuan.

Antaranya ialah jual beli melalui laman sosial, pinjaman tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara, Macau Scam dan lain-lain.

Beliau turut menggesa orang ramai membuat semakan terlebih dahulu nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pautan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Atau memuat turun aplikasi Semak Mule CCID menerusi Google Play sebelum membuat sebarang transaksi. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan