28 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 19, 2025

Bayi 8 bulan meninggal dengan kesan kecederaan

Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian di Sungai Siput, Perak, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati terdapat kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja Ketua Polis Perak ke Pulau Pangkor hari ini.

Advertisements

Ujar Mior lagi, susulan kejadian itu ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang sudah bercerai sejak enam bulan lalu.

“Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

KJTS, iHandal perkukuh pengurusan tenaga bersepadu

KJTS Group Berhad (KJTS), memeterai perjanjian usahasama dengan iHandal Holdings Sdn Bhd (iHandal) untuk meningkatkan kedudukan KJTS dan anak...

Lagi Artikel Berkaitan