25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Banjir Baling: 627 laporan kerosakan rumah, harta benda diterima

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 627 laporan kerosakan rumah dan harta benda daripada mangsa kepala air dan banjir kilat dari 12 kampung di mukim Kupang, Baling, Kedah diterima sejak hari pertama kejadian pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, laporan tersebut diterima menerusi empat kaunter yang dibuka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai bagi memudahkan mangsa.

“Laporan kerosakan tersebut termasuk melibatkan 15 buah rumah yang lenyap terus akibat dihanyutkan banjir dan 18 kediaman lagi yang rosak teruk akibat bencana itu,” katanya.

Beliau berkata selepas selepas mengiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ke kawasan bencana di Kupang, Baling hari ini, lapor Kosmo!

Wan Hassan pada masa sama mengingatkan mana-mana pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyampaikan bantuan supaya berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) terlebih dahulu untuk tujuan penyelarasan.

Baca juga:   Rumah terbakar, lelaki ditemui rentung dalam bilik air

“Sekarang adalah pasca kejadian untuk proses pembersihan dan bantuan yang banyak diterima daripada pihak-pihak berwajib serta swasta dan kita mengalu-alukan bantuan-bantuan daripada semua tetapi perlu melalui PKOB.

“Ini bagi memastikan pengagihan bantuan-bantuan ini dapat diserahkan secara teratur, namun setakat ini tiada kes yang tidak berdaftar dengan PKOB, semua mematuhi arahan yang dikeluarkan,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan sekiranya mana-mana pihak ingkar dengan arahan itu dengan bergerak sendiri mengagihkan bantuan mereka.

Baca juga:   8 mangsa sindiket penipuan kerja di Dubai dibawa pulang

Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan