29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong perkenan lantikan lapan anggota Suhakam baharu

Pelantikan itu dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik seramai lapan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi sesi 2022-2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan itu dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

“Lantikan untuk tempoh tiga tahun itu berkuat kuasa 22 Jun 2022. Selaras dengan Subseksyen 6(1) Akta 597, Al Sultan Abdullah turut memperkenan pelantikan Datuk Dr. Rahmat sebagai Pengerusi Suhakam.

“Beliau adalah seorang pakar perundangan dan hak asasi manusia daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri turut berharap agar pelantikan inklusif itu akan lebih memperkasakan Suhakam dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara.

Selain Rahmat, tujuh lagi individu dilantik sebagai anggota Suhakam baharu antaranya ialah Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Dr. Chew Chee Ming dan Datuk Mary@Mariati Robert.

Turut dilantik ialah Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Rahim dan K. Ragunath. 

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan