24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, July 19, 2024

650,000 jemaah luar negara sudah tiba di Mekah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JEMAAH berpakaian ihram dari seluruh dunia membanjiri Mekah ketika kota suci umat Islam itu bersiap sedia untuk menganjurkan ibadah haji paling besar sejak pandemik koronavirus melanda.

Seramai satu juta orang Islam termasuk 850,000 jemaah luar negara dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini, selepas dua tahun bilangan jemaah dikurangkan secara drastik akibat pandemik.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan, sekurang-kurangnya 650,000 jemaah haji luar negara telah tiba di Arab Saudi setakat ini.

Dalam tahun 2019, kira-kira 2.5 juta orang menyertai ibadah tersebut yang termasuk tawaf, wukuf di Arafah dan melontar di Mina.

Pada tahun seterusnya, rakyat asing dilarang masuk ke kota Mekah, manakala jemaah haji terhad kepada 10,000 orang sahaja. Dalam tahun 2021 pula, ibadah haji adalah tertakluk kepada warga Arab Saudi dan pemastautin yang menyaksikan 60,000 orang dibenar mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Pada tahun ini, seramai satu juta jemaah haji berusia bawah 65 tahun akan mengerjakan ibadah itu di bawah syarat kebersihan ketat dengan Masjidil Haram dibersihkan termasuk prosedur membasmi kuman sebanyak 10 kali sehari.

Advertisements

Masjidil Haram dibasuh 10 kali sehari oleh lebih 4,000 pekerja lelaki dan wanita. Lebih 130,000 liter cecair pembasmi kuman digunakan setiap kali kerja pembersihan dilakukan,” kata pihak berkuasa.

Sebelum ini, ibadah haji menyaksikan beberapa insiden termasuk tragedi rempuhan pada 2015 yang mengakibatkan sehingga 2,300 orang terkorban dan serangan oleh kumpulan lelaki bersenjata pada 1979 yang meragut 153 nyawa, demikian menurut angka korban rasmi.

Kos ibadah haji pada tahun ini dianggarkan sekurang-sekurangnya AS$5,000 (RM22,065) untuk setiap jemaah dan memberikan pendapatan sekitar AS$12 bilion (RM52.9 bilion) setahun kepada kerajaan Arab Saudi.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Arab Saudi kini membenarkan wanita untuk mengerjakan haji tanpa ditemani mahram lelaki selepas syarat tersebut digugurkan pada tahun lalu.

Pemakaian pelitup muka di kebanyakan tempat tertutup di Arab Saudi pula tidak lagi diwajibkan dan hanya mandatori di Masjidil Haram.

Sejak pandemik bermula, Arab Saudi merekodkan lebih 795,0000 kes Covid-19 dan 9,000 kematian dalam kalangan populasi kira-kira 34 juta orang. – AFP

Advertisements

Terkini

Gandingan BN-PH beri dampak positif dalam PRN – Suhaimi

BARISAN Nasional (BN) Sabah yakin gandingan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) akan memberi impak positif serta bakal merubah...

Lagi Artikel Berkaitan