25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

1,918 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian COVID-19 mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 1,918 kes dilaporkan semalam berbanding 2,536 kes kelmarin.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada junlah itu sebanyak dua kes import turut dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini sebanyak 4,538,035 kes.

Sebanyak 2,321 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,510,643 kes.

Kuala Lumpur mendahului jumlah kes harian semalam dengan 662 kes diikuti Selangor (482), Perak (153), Sabah (119), Negeri Sembilan (103), Johor (89) dan Pulau Pinang (77).

Advertisements

Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Kedah (48), Melaka (44), Putrajaya (38), Pahang (27), Sarawak (25), Kelantan dan Terengganu (masing-masing 20), Labuan (enam) dan Perlis (lima).

Dalam perkembangan sama, sebanyak lapan kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 35,784 kes manakala tiada kes ‘brought in dead’ (BID) yang menjadikan jumlah kes BID kekal 7,586 kes.

Setakat ini, sebanyak 28,140 kes dikuarantin di rumah, 26 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 1,172 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 24 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan