25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Khidmat, jasa Bad demi negara dihargai

Bad disemadikan bersebelahan rakan sepejuangannya Tho yang telah pergi pada 19 September 2020.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SETELAH bertarung nyawa akibat sakit tua, Bad iaitu anjing Unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 petang semalam.

JSJ IPK Pahang berkongsikan detik sedih berkenaan dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut hantaran berkenaan, Bad yang berusia
13 tahun lapan bulan atau bersamaan umur manusia 91 tahun telah menabur khidmat bakti di K9 JSJ IPK Pahang sejak 4 Ogos 2011.

“Berasal dari Jerman, anjing jantan spesis Labrado ini merupakan anjing yang pakar dalam pengesanan pelbagai jenis dadah di bawah seliaan Koperal Willen anak Slamping @ Sirampin.

“Dengan kemahirannya, sepanjang perkhidmatan Bad telah berjaya menghasilkan dua kejayaan besar dalam menumpaskan sindiket dadah pada 2012 dan 2014,” kongsinya malam tadi.

Justeru itu, bagi menghargai jasa dan khidmat bakti BAD, Pegawai Turus D6, JSJ IPK Pahang, ASP Chia Che Chau mewakili Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang dan Pegawai D6 JSJ IPK Pahang, Inspektor Nur Aishah A. Zulkefli, bersama anggota K9, D6 JSJ IPK Pahang memberi penghormatan terakhir kepada Bad.

“Bad disemadikan bersebelahan rakan sepejuangannya Tho yang telah pergi pada 19 September 2020.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Yusri Othman ketika dihubungi memaklumkan pihak JSJ IPK Pahang akan merealisasikan “K9 Memorial Park” dengan menaik taraf kawasan tersebut yang kini telah menjadi tempat persemadian dua ekor anjing K9 yang berbakti negara.

Advertisements

“Jasa dan bakti BAD kekal sebagai sumbangan buat negara tercinta,” kongsinya.

Untuk rekod, antara penghargaan kepada anjing pengesan Unit K9 di negara ini ialah menerima pingat Jasamu Dikenang daripada Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, bulan lalu.

Kedua-dua anjing jenis German Shepherd diberi nama Chulio dan Rocky itu menerima penghargaan di atas perkhidmatan cemerlang dan kejayaan mengesan dalam operasi mencari dan menyelamat orang hilang.

Pengendali kedua-dua ekor anjing itu turut diberikan surat penghargaan.

Chulio yang telah mengikuti lebih daripada 50 operasi menerima penghargaan di atas kejayaan mengesan mayat dalam operasi mencari dan menyelamat orang hilang di Tronoh pada 11 Mei lepas.

Rocky pula diberi penghargaan atas kecekapannya yang membawa kepada penemuan seorang pemandu e-hailing lelaki dalam keadaan lemah dan kelaparan di atas bukit berhampiran kawasan perkuburan orang asli di Ulu Geruntum, Gopeng tidak sampai dua jam operasi dijalankan pada Januari lepas.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan