30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

30,311 notis penguatkuasaan rokok dikeluarkan tahun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 30,311 notis penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 direkodkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jumlah terbabit melibatkan Bil Notis Seksyen 32B dikeluarkan pada Januari hingga Jun di mana pada tahun lalu, sebanyak 6,111; 2020 (16,844); 2019 (21,876) dan 2018 (24,544).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sehingga Jun (enam bulan pertama), tahun 2022, merupakan tahun paling banyak penguatkuasaan dilaksanakan terhadap peraturan larangan merokok di tempat awam.

“Tahniah kepada penguatkuasa Sektor Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Advertisements

“Insya-Allah, bulan Julai sehingga Disember lagi hebat dan dahsyat!,” katanya dalam satu hantaran Twitter miliknya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Khairy memberi komitmen untuk melaksanakan undang-undang melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas tahun 2005.

“Seperti beberapa Pejabat Serantau bagi Pasifik Barat (WPRO) di negara lain, Malaysia berharap untuk meluluskan satu undang-undang pada tahun ini yang akan membawa kepada generasi tidak merokok.

“Ia dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005 dan Malaysia merasakan ia memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD),” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan