24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

RUU Antilompat Parti sudah dibentang kepada jemaah menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN pindaan Perlembagaan berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti sudah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun turut memberi penjelasan kepada jemaah menteri berkaitan pindaan Perlembagaan itu.

Beliau berkata, tiada bantahan terhadap draf Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti berkenaan dalam kalangan jemaah menteri seperti dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Namun, jemaah menteri turut membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Wan Junaidi berkata, mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Ini kerana ia masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen,” katanya.

Ujar beliau, persoalan yang dibangkitkan jemaah menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini untuk diteliti seterusnya memuktamadkan RUU tersebut.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan