34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Pengurus syarikat insurans rugi lebih setengah juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengurus syarikat insurans kerugian kira-kira RM688,500 selepas terpedaya dengan pulangan lumayan dalam pelaburan mata wang digital menerusi aplikasi media sosial pada Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Johor, Asisten Komisioner Amran Md Jusin berkata, mangsa seorang wanita berusia 38 tahun tampil membuat laporan polis sebaik menyedari dirinya ditipu.

Menurutnya, mangsa dipercayai terpedaya dengan janji pulangan lumayan dalam masa singkat setelah berkomunikasi dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp dan Instagram.

“Mangsa mengikut segala arahan individu terbabit yang memintanya memasukkan wang berjumlah RM688,500 dalam 10 akaun berbeza menerusi 19 transaksi antara 20 hingga 31 Mei lalu.

“Wanita itu menyedari dirinya diitipu selepas tidak dapat menghubungi individu terbabit selain tidak menerima keuntungan lumayan seperti dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amran berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut selain memeriksa kesemua butiran akaun bank yang digunakan dalam penipuan terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati enam daripada 10 akaun bank tersebut pernah mempunyai rekod digunakan bagi lain-lain kes jenayah komersial di Johor dan seluruh negara.

“Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya terutama dengan tawaran yang menjanjikan pulangan keuntungan lumayan dalam tempoh masa singkat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan