26.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

SPRM buka 25 kertas siasatan salah urus pengurusan COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 25 kertas siasatan berhubung salah urus pengurusan COVID-19.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.

“Saya cuma nyatakan ia berkaitan pengurusan COVID-19 dan sedang kita siasat. Jadi apa-apa laporan kita akan maklum.

“Kita memanggil dalam 25 kertas siasatan ini ada banyak, sebab setiap satu kes itu berbeza bukan sama,” kata Azam.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Pemantapan Wartawan bersama SPRM di Putrajaya hari ini, lapor Astro AWANI.

Azam juga tidak menafikan kes turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ditanya apakah SPRM akan turut memanggil bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkaitan itu tersebut, beliau berkata, sebarang kemungkinan tindakan akan dilakukan mengikut keperluan termasuk memanggil beliau.

Baca juga:   Sidang Khas Parlimen sepatutnya cari penyelesaian isu Covid-19

“Ia mungkin satu daripadanyalah, bergantung kepada keperluan.

“Sebab itu saya katakan tadi ada 25 kertas siasatan dalam pelbagai isu, jadi tidak semestinya Menteri Kesihatan sahaja yang akan dipanggil.

“Kita tengok siapa-siapa yang terlibat, kita akan panggil,” katanya.

Wartawan

Terkini

Harap hubungan Malaysia-Brunei terus diperkukuh – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh susulan Lawatan...

Lagi Artikel Berkaitan