29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penerbangan Saudia bawa kumpulan pertama ke Tanah Suci

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN pertama jemaah Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, akan berlepas pada 4 Jun 2022 menerusi syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia Airlines (Saudia).

Menurut jurucakap Tabung Haji, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

“Pesawat Saudia dijadualkan berlepas pada pukul 1.35 tengah hari waktu Malaysia dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 4.55 petang waktu tempatan.

“Berdasarkan jadual, jumlah penerbangan jemaah ke Tanah Suci berbeza pada setiap hari di mana ia melibatkan antara satu ke tiga peswawat setiap hari,” katanya lapor Kosmo!.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penerbangan terakhir jemaah ke Tanah Suci, TH menjelaskan ia dijadualkan pada 3 Julai 2022.

“Pesawat terakhir akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz ,Jeddah pada pukul 12.45 malam, 3 Julai 2022 menerusi pesawat Malaysia Airlines,” ujarnya.

Terdahulu, arab Saudi mengumumkan kuota haji Malaysia pada tahun 2022 adalah seramai 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Kuota sebanyak 14,306 jemaah itu ialah penurunan daripada seramai 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, pada 2019.

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 di mana 85 peratus daripadanya untuk jemaah luar.

Jumlah sejuta jemaah itu adalah 45 peratus daripada 2.5 juta orang pada 2019.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan