29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mayat dua pelajar pondok lemas ditemui dalam keadaan berpelukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT dua pelajar pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh akhirnya ditemui terapung dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain selepas hampir 15 jam dikhuatiri lemas, di Sungai Gong Dermin, Kubang Kerian di sini hari ini.

Mayat, Luqman Hakim Azman, 16, dan rakannya, Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi mereka mandi bersama sembilan rakan yang lain pada pukul 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat semasa memulakan operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Katanya, mayat, Luqman Hakim yang berasal dari Ketereh dan Muhammad Zul Hafiz dari Kemumin, Pengkalan Chepa di sini dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.19 malam semalam. Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ada dua pelajar pondok Terusan Limbat lemas di sungai berkenaan.

Advertisements

“Kedua-dua mangsa dikatakan keluar tanpa kebenaran pihak pondok bersama sembilan lagi rakannya untuk mandi di sungai itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Kosmo!.

Mohd. Rosdi berkata, berdasarkan maklumat, kesemua remaja itu dipercayai kali pertama mandi di Sungai Gong Dermin kerana kedua-dua mangsa baru mendaftar di pondok berkenaan akhir bulan lalu.

Media semalam melaporkan, kegembiraan 11 pelajar lelaki sebuah pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh di sini mandi-mandi di Sungai Dermin petang semalam berakhir tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, salah seorang rakan mangsa, Abid Ataullah, 15, melihat rakan-rakannya sedang mandi di tebing sungai berkenaan sebelum Luqman Hakim dan Muhammad Zul Hafiz tiba-tiba menjerit dengan tangan melambai-lambai meminta pertolongan.

Menurutnya, menyedari dua rakan sudah hampir tenggelam, lapan lagi rakan yang berada di dalam air terus berenang ke tebing sungai untuk menyelamatkan diri.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan