31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Idealisme dan prinsip perjuangan Bersatu jati diri saya – Azmin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali menolak desas-desus kononnya beliau akan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan Bersatu adalah jati dirinya.

Serentak dengan itu beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, mengajak seluruh anggota parti itu untuk terus bergerak sederap membangunkan sebuah Kerajaan yang bersih, telus dan berintegriti.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Bersatu yang dinamik, progresif dan inklusif amat bertepatan dengan aspirasi zaman demi membangun Malaysia yang bersatu padu dan berupaya mendepani cabaran semasa.

“Idealisme perjuangan Bersatu yang meliputi norma kehidupan serta dasar prihatin yang mengangkat martabat rakyat telah berjaya menjana kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.

“Justeru, saya amat menghargai dan berterima kasih di atas kenyataan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di atas keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap iltizam dan komitmen saya bersama Bersatu sebagai wadah politik dan perjuangan demi rakyat.

“Dasar dan inisiatif yang diperkenalkan beliau khususnya pakej rangsangan ekonomi yang proaktif serta keputusan pantas yang tepat pada masanya mengenai pelaksanaan program vaksinasi besar-besaran, telah meletakkan Malaysia di atas landasan yang kukuh dan berdaya tahan bagi menjamin kejayaan pemulihan ekonomi dan usaha menangani krisis kesihatan.

“Walhasil, Malaysia telah diiktiraf sebagai berjaya mengurus pandemik dengan efektif dan bertanggungjawab,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Tambah beliau, kebijakkan yang mesra perniagaan telah berjaya mencipta pekerjaan dan kemakmuran untuk rakyat sekaligus merancakkan aktiviti perniagaan dan pelaburan pasca pandemik.

Mohamed Azmin berkata, Bersatu adalah sebuah parti yang berakar dari identiti Melayu dan Bumiputera demi memelihara hak dan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.

“Namun, sebagai wadah politik yang berpandangan jauh ke hadapan, Bersatu juga mahu mendakap realiti Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama.

“Bersatu telah berani melakukan anjakan paradigma dengan meminda Perlembagaan Parti untuk meraikan kepelbagaian kaum dan budaya yang akan menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.

“Saya ingin menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan Bersatu adalah jati diri saya.

“Kita akan terus bergerak sederap bersama seluruh anggota Bersatu untuk membangunkan sebuah Kerajaan yang bersih, telus, berintegriti dan komited terhadap prinsip tadbir urus yang baik serta memperjuangkan keadilan sosial demi kemakmuran bersama seluruh rakyat,”katanya.

Ujar beliau, sesungguhnya, Bersatu wadah unggul untuk rakyat Malaysia.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan