30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kejora catat pelbagai kejayaan dalam tempoh 50 tahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) telah mencatatkan pelbagai kejayaan bagi membangunkan wilayahnya dalam tempoh 50 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1972.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sejak penubuhan, Kejora membelanjakan sejumlah RM1.5 bilion bagi pelbagai projek untuk membangunkan kawasan di bawah agensi berkenaan.

“Dari segi infrastruktur dan prasarana dari dahulu hingga sekarang dalam Wilayah Kejora yang melibatkan jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, bekalan air dan bekalan elektrik boleh dikatakan kita telah mencapai 100 peratus.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Kejora di Dataran Tanjung Balau di Bandar Penawar, Johor, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Kejora, Datuk Mohd Rusdi Darus dan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip.

Jelas Mahdzir, Kejora juga berjaya membina sejumlah 23 ribu rumah kediaman di wilayah itu, selain mewujudkan enam buah bandar baharu dalam tempoh 50 tahun.

Advertisements

“Sekarang ni pun ada lagi pembinaan baharu rumah yang sedang dibina dan dirancang dan sedang masuk kebenaran dari  majlis serta ada lagi tanah-tanah yang boleh dibina rumah untuk penduduk di Wilayah Kejora.

Kejora juga katanya berjaya melahirkan 1,500 usahawannya dalam pelbagai sektor perniagaan dalam tempoh 30 tahun.

Ditanya mengenai penjenamaan semula Kejora selepas 50 tahun, Mahdzir bersetuju perkara itu dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi agensi itu.

“Saya bersetuju untuk dijenamakan semula dengan penambahbaikan dan penambahan aktiviti yang saya sebut tadi, satu legasi kita telah berjaya 50 tahun dan satu lagi adalah dari sekarang ke 50 tahun akan datang apa yang kita nak buat dan itu kita serah kepada ahli Lembaga Pengarah KEJORA dan kepada pengurusan tertinggi untuk mereka bincang.

Dalam pada itu, Kejora turut menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records bagi Ladang Penyelidikan Pertama Mengkuang yang dibangunkan secara komersial di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan