26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pekerja kilang maut dirempuh pemandu mabuk

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pekerja kilang maut dirempuh seorang pemandu pacuan empat roda yang dipercayai mabuk dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Bentong menghala Raub, Bentong, Pahang, semalam.

Mangsa, Muhammad Nor Izad Abdul Karim, 22, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10.15 malam.

“Siasatan polis mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 65 tahun yang dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Bentong masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa.

Advertisements

“Siasatan polis juga mengesyaki pemandu terbabit di bawah pengaruh alkohol. Lelaki itu ditahan untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 Jun depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau memohon orang awam yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan