29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiada ‘dateline’ MoU Transformasi dan Kestabilan Politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA tarikh tamat tertentu berkaitan perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik mengenai sokongan pembangkang ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU berkenaan, Tan Sri Annuar Musa.

“MoU tidak tamat. Banyak pihak yang salah faham mengenai MoU terbabit yang kononnya akan tamat pada penghujung Julai ini.

“Perkara yang mempunyai tarikh itu adalah pilihan raya dipersetujui tidak akan diadakan sebelum akhir Julai ini, manakala MoU di antara ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri tidak mempunyai tarikh tamat.

“Ia adalah suatu MoU memberi sokongan ke atas Perdana Menteri sehinggalah Parlimen dibubarkan. Fakta itu harus difahami.

Advertisements

“Apabila Parlimen dibubarkan, terpulang kepada Perdana Menteri serta pimpinan politik untuk menentukan pilihan raya umum (PRU),” katanya selepas majlis makan malam sempena Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) di Putrajaya, malam tadi, lapor BH Online.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yaakub Khan.

Sementara itu, Annuar juga bersetuju supaya PRU tidak diadakan terlalu lewat bagi mengelakkan pihak yang bersaing dengan Barisan Nasional (BN) mendapat kelebihan.

Bagaimanapun, pada masa sama PRU juga tidak boleh dibuat terlalu awal jika kita masih belum dalam keadaan siap siaga.

“Perkara ini membuat saya sependapat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri yang bersetuju PRU perlu disegerakan tetapi tidak perlu dilewatkan sebaik sahaja kita bersedia,” katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan