Saturday, June 13, 2026

Jemaah umrah meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMATIAN seorang jemaah umrah wanita yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam dipercayai akibat komplikasi darah tinggi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada jam 1.10 tengah hari.

“Kejadian berlaku di laluan Gate 12 KLIA untuk pesawat MH8021.

“Pemeriksaan fizikal tiada kesan yang mencurigakan dan berdasarkan maklumat, mangsa berusia 53 tahun ada menghidap penyakit darah tinggi,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang dengan diiring pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KLIA untuk tindakan lanjut.

Hari ini, media melaporkan jemaah umrah tersebut rebah dan pengsan sejurus keluar dari pintu pesawat. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan