28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Isu bekalan ayam dijangka selesai bulan depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi jaminan isu berkaitan bekalan ayam di negara ini akan selesai menjelang bulan hadapan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Norlizan Mohd Noor, berkata jaminan dibuat hasil beberapa pendekatan untuk menyelesaikan isu berkenaan, termasuk libat urus antara Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, bersama pihak berkaitan di lapangan.

Norlizan berkata, JPV antara lain sudah menerima jaminan penggerak industri yang komited untuk terus meningkatkan pengeluaran selepas pertemuan secara bersemuka bersama mereka, baru-baru ini.

“Pegawai dan auditor JPV serta JAKIM sudah digerakkan bagi kerja pengauditan rumah sembelih sedia ada atau baharu di beberapa negeri yang diyakini mampu menyediakan sumber lebih luas dan banyak pada harga kompetitif jika memenuhi syarat ditetapkan.

“Menjelang ambutan Aidiladha, kita menjangkakan bekalan (ayam) mencukupi. Ini komitmen semua pihak terbabit, daripada pemain industri, kementerian dan galakan kerajaan.

“Kita turut membuka satu lagi kebenaran mengimport ayam sejak Januari lalu dan kemasukan dengan perincian lengkap ada pada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

“Kemasukan ayam import ini menampung kekurangan yang ada dan seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, umumkan, kita sudah hapuskan Lesen Import (AP).

Advertisements

“Dulu keratan ayam masuk untuk proses tetapi kini boleh diniaga dan jual di mana-mana. Ini akan membantu,” katanya pada sidang media Majlis Sambutan Hari Veterinar Sedunia 2022 di sini, hari ini, lapor BH Online.

Terdahulu, majlis bertemakan ‘Memperkasa Daya Tahan Kualiti Perkhidmatan Veterinar’ itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Mengenai faktor kekurangan bekalan ayam, Norlizan berkata, ia berpunca akibat penyakit sampar ayam susulan program pemvaksinan tidak mengikut rejim sepatutnya, selain kekurangan pekerja.

Katanya, perubahan cuaca antara faktor yang menyebabkan ayam diternak secara sistem reban terbuka mengalami masalah stres, tidak cekap dan kelewatan pertumbuhan.

Sepatutnya dalam 35 hingga 42 hari kita sudah boleh dapat ayam dengan berat 1.8 hingga dua kilogram, namun disebabkan perkara seperti ini, memang ada elemen menyebabkan gangguan bekalan.

“Kos pengeluaran juga meningkat. Apabila kos makanan meningkat melebihi 30 peratus dan 70 peratus daripada keseluruhan kos adalah makanan, memang ada impak signifikan pada kos pengeluaran.

“Apabila kos pengeluaran meningkat dan didorong masalah kekurangan pekerja, cuaca dan ancaman penyakit, mereka terpaksa kurangkan populasi atau kemasukan anak ayam dalam reban yang kesannya tiga minggu kemudian,” katanya.

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan