28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Halang ahli Parlimen ada kes mahkamah tindakan zalim – Ahmad

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CADANGAN kerajaan mengenakan sekatan kepada ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kes mahkamah menghadiri sebarang Majlis Parlimen sebagai tindakan yang zalim.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia juga melanggar prinsip asas “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” dan prinsip beban pembuktian “melampaui keraguan yang munasabah”.

“Jangan ditambah kezaliman kepada mereka yang mungkin sedang dizalimi,” kata beliau menerusi Twitternya hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kabinet yang bersetuju dengan cadangan untuk mengkaji semula Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 seperti mana dilapor media hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaini Tuanku Jaafar dilapor berkata, Akta 347 itu antara lain mengandungi peruntukan melarang mana-mana ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah daripada menghadiri sebarang Majlis Parlimen.

Pada masa kini terdapat beberapa ahli Parlimen yang sedang berdepan dengan kes-kes mahkamah antaranya Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datok) dan Datuk Seri Bung Moktar Raden (Kinabatangan).

Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO bagaimana pun berkata, perkara tersebut baru di peringkat cadangan dan belum dibentang serta dibincangkan dengan ahli-ahli Parlimen.

Baca juga:   19 ahli 'geng Sakai' didakwa di bawah SOSMA

“Sistem Kehakiman di Malaysia tentunya berpegang kepada seseorang itu tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah dalam perbicaraan di mahkamah yang adil.

Baca juga:   Guan Eng mengaku tidak bersalah terima suapan RM3.3 juta

“Hukuman pula boleh dirayu hingga ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Kata beliau, sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, seseorang itu masih berpeluang untuk didapati tidak bersalah atau bersalah.

Tegas beliau, tidak kiralah seorang ahli Parlimen kerajaan, pembangkang atau rakyat biasa, mereka semua tertakluk kepada prinsip “innocent until proven guilty”.

Sehubungan itu, beliau berkata, ahli-ahli Parlimen dibenar meneruskan tugas di kawasan dan di Dewan Rakyat sehinggalah mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

“Terlalu kerap sesuatu kes mengambil keputusan yang lama maka wajar Ahli Parlimen yang terus diberi elaun itu dibenar mengikuti, mengambil bahagian, mengundi di Dewan Rakyat.

“Selain terus berkhidmat di kawasan selama tempoh perbicaraan kerana beliau adalah masih tidak bersalah selagi keseluruhan prosesnya belum selesai,” katanya.

Ahmad sebelum ini pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada Najib dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun beliau dilepas dan dibebaskan pada September 2021 setelah bersetuju untuk membayar kompaun sebanyak RM1.1 juta. – Edisi 9

Baca juga:   Bella hadir prosiding pengecaman di mahkamah hari ini

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan