28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jangan sampai Johor keluar daripada Malaysia – Sultan Ibrahim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dukacita dengan kerajaan Persekutuan seolah-olah menganaktirikan negeri itu walaupun merupakan penyumbang besar ekonomi negara.

Ini angkara banyak projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur awam di negeri itu gagal dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.

“Jangan sampai rakyat Johor desak untuk keluar dari Malaysia, mungkin Johor lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri, hari ini.

Titah baginda, Johor pernah menyumbangkan hasil lebih daripada RM13 bilion setiap tahun dan pernah menjadi penyumbang pelaburan terbesar negara sejak tahun 2013 sehingga 2018.

Sultan Ibrahim bertitah, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ibrahim, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar serta Pusat Transformasi Bandar antara infrastruktur awam yang perlu dipertingkat dengan sistem penyampaian yang lebih cekap dan selesa.

“Saya seru kerajaan Persekutuan agar segera tunai janji naik taraf Lebuh Raya Utara Selatan kepada enam lorong dan Lebuh Raya Senai-Desaru kepada empat lorong, juga jalan persekutuan yg rosak dan berlubang, saya rasa seolah-olah Johor dianaktirikan walhal Johor adalah penyumbang utama ekonomi negara,” titah baginda. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan