25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Sultan Johor lantik TMJ Pemangku Raja Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di Johor, hari ini.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya.

Baginda bagaimanapun tidak memaklumkan pelantikan tersebut berkuat kuasa sehingga bila.

Kali terakhir Tunku Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja adalah pada 11 Ogos 2019.

Pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bakal berundur daripada mengendalikan pengurusan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) disebabkan baginda mempunyai tanggungjawab dan komitmen lain.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bola sepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” titah baginda seperti yang dikongsikan melalui laman Facebook rasmi skuad Harimau Selatan.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan