25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Pengangkutan awam RapidKL, komuter percuma sebulan – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

Ia membabitkan iaitu MRT, LRT, BRT, monorel serta bas RapidKL.

Beliau mengumumkan demikian dalam Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri berkata, negara maju bukan hanya mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, malah turut memiliki perkhidmatan dan
rangkaian pengangkutan yang efisien bagi meningkatkan gaya hidup rakyatnya.

“Selaras dengan teras Dasar Pengangkutan Negara, sememangnya menjadi hasrat utama Kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang selamat, cekap, mampan dan boleh dipercayai, bagi Keluarga
Malaysia.

“Penyediaan pengangkutan awam juga akan dipertingkatkan supaya Keluarga Malaysia menikmati akses lebih baik kepada perkhidmatan dan ketersambungan yang lancar seperti dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Baca juga:   Warga asing dibenar solat di masjid mulai 1 September

“Ini juga merupakan antara agenda utama yang dilaksanakan Kerajaan bagi memulihkan dan menstabilkan ekonomi negara serta memastikan kesejahteraan hidup Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memahami kesusahan rakyat dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup semakin meningkat.

Justeru, katanya, pengumuman berkenaan dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat pada hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, MRT Laluan Putrajaya yang dibangunkan dalam dua fasa menyediakan perkhidmatan kepada lebih kurang dua juta penduduk di koridor bermula dari kawasan Kwasa Damansara ke pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya.

Baca juga:   UMNO tak bincang Zahid sebagai calon PM - Mahdzir

“Pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya dijangka mencatat bilangan awal penumpang harian melebihi 104,000 orang.

“Ini diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur,” katanya.

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer meliputi 12 stesen antaranya Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

Fasa Satu ini akan mempunyai 20 set tren yang beroperasi secara automatik dan tidak memerlukan pemandu dengan setiap set tren mempunyai empat gerabak yang boleh memuatkan seramai 1,200 penumpang.

Kemudahan baharu itu menyediakan tempat meletak kereta di tujuh stesen dengan jumlah tempat letak kereta lebih 2,800 petak.-Edisi 9

Baca juga:   Ismail Sabri nafi wujud dua kem dalam UMNO

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan