25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Isteri TMJ titah siasat semula kematian Baby Syifaa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISTERI Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menitahkan agar siasatan semula dijalankan ke atas kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa, 15 bulan, pada Februari lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Che’ Puan Besar Khaleeda menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas kematian bayi berkenaan ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan, susulan laporan bedah siasat yang meragukan.

Che’ Puan Besar Khaleeda yang meletakkan tanda pagar #justiceforbabysyifaa turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret.

“Dan lagi satu yang kawan saya pointed out, kesan di leher itu nipis. Kalau betul dijerut dengan buai, will it not show a thicker mark? Tak pernah saya tengok buai yang bertali nipis.

“PDRM, You need to re-investigate this case,” tulis baginda menerusi Instagram Story, semalam.

Pandangan Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berhubung kematian Baby Syifaa menerusi Instagram Story semalam.

Pada Februari lalu, media melaporkan, seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang meninggal dunia setelah ditemukan  tidak sedarkan diri dengan kepala dan lehernya terjerut pada kain buaian dikatakan sebelum ini tidak pernah tidur dalam buaian.

Bapanya, Yuseri Yusoff, 39, berkata, anak bongsunya itu, Nour Rania Asyifaa Yuseri, berada dalam keadaan baik sebelum dihantar ke rumah pengasuh pada pagi hari kejadian semalam.

Bagaimanapun, kira-kira sebulan kemudian, Yuseri memuat naik menerusi media sosial memohon pihak berkuasa menyiasat semula kematian anaknya itu.

Beliau mendakwa anaknya yang dipanggil Baby Syifaa itu meninggal dunia akibat dijerut dan bukannya terjerut serta mendesak pengasuh kanak-kanak malang itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Sementara itu pada 30 Mac lalu, Mahkamah Koroner Seremban menetapkan semula pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian Baby Syifaa ketika dibawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan ditetapkan semula pada 29 Jun ini. – Edisi 9


Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan