27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Jemaah marah budak main dalam masjid dikecam netizen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang jemaah di sebuah masjid yang memarahi sehingga menolak sekumpulan kanak-kanak yang berbuat bising ketika mahu menunaikan solat berjemaah mendapat kecaman kalangan warganet.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara jemaah dewasa tersebut yang memarahi kanak-kanak tersebut kerana dianggap bertentangan dengan syiar Islam.

Berdasarkan satu rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan, sekumpulan kanak-kanak dilihat dimarahi seorang lelaki dewasa hingga ada daripada mereka meninggalkan saf dan tidak mengikuti solat berjemaah.

Rakaman CCTV itu dikongsikan menerusi Facebook ‘I Love Pahang’ namun tidak memaklumkan nama dan lokasi masjid tersebut serta masa kejadian.

Para warganet menganggap sikap kanak-kanak yang membuat bising di dalam masjid merupakan satu perkara biasa memandangkan mereka baru mahu mengenal erti solat secara berjemaah.

“Masa nabi solat, cucu baginda main sampai atas tubuhnya. Tiada baginda marah. Pak cik dalam video ini memang akan masuk syurga sampai mahu tolak dengan kasar anak orang. Pak cik tahu tak, generasi inilah yang akan penuhkan saf bila pak cik mati nanti.

“Dan generasi inilah yang mungkin tidak akan jejak lagi ke surau atau masjid sebab malas mahu bergaduh dengan golongan seperti itu,” kata seorang warganet dalam komen menerusi Facebook tersebut.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut memarahi kanak-kanak terbabit memandangkan mereka masih kecil dan kurang matang.

“Apalah orang tua macam ini, budak-budak biasalah buat bising. Tegur la baik-baik. Jangan sampai macam itu, nanti budak-budak takut nak datang masjid,” kata Rabibah Ahmad.

“Mahu tunjuk warak, tetapi kasih sayang tiada. Macam manalah generasi ini nak mengisi masjid,” ujar Ariff Mahmood. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan